![]() |
BORANG TEMPAHAN |
| CLOSED WINDOW |
|
| 1 2 3 |
Pelanggan perlu mengisi lengkap Borang Tempahan dan menghantar pesanan dengan menekan butang "Hantar Pesanan" di akhir borang ini. Kami di Crunchy akan menerima Borang Tempahan anda dan seterusnya anda perlu menunggu emel dari kami untuk proses selanjutnya. Proses ini kebiasaannya akan mengambil masa lebih kurang 3 hari waktu bekerja. Emel tersebut adalah untuk tujuan pengesahan tempahan anda. Di dalam emel kami akan nyatakan jumlah yang perlu anda bayar bagi pesanan tersebut. Sebaik sahaja anda menerima emel dari Crunchy, pelanggan hendaklah membayar jumlah tempahan / pesanan melalui cash deposit / cek ke akaun Maybank (Nombor Akaun : 566010551488 atas nama CRUNCHY BISCUITS N HAMPERS TEAM RESOURCES). Setelah itu pelanggan hendaklah emelkan kepada Crunchy slip transaksi bank yang telah dilakukan. |
4 5 6 7 |
Jika pembayaran anda dibuat melalui cek, pihak Crunchy akan menunggu sehingga cek tersebut disahkan dalam 3-4 hari waktu bekerja. Selepas itu baru kami di Crunchy akan proses tempahan anda. Pihak kami hanya akan memproses tempahan tersebut sekiranya bayaran penuh dibuat. Tempoh pemprosesan tempahan bergantung kepada kuantiti yang ditempah serta pembayaran dari pelanggan. Tempahan yang telah siap boleh diambil terus di Showroom Crunchy kami. Kami juga menyediakan penghantaran terus ke rumah atau pejabat. Kos penghantaran bergantung kepada lokasi dimana pesanan tersebut perlu dihantar. |
| SYARAT-SYARAT TEMPAHAN |
| 1 2 3 4 5 |
Semua urusniaga adalah dalam RM (Ringgit Malaysia). Pembayaran hendaklah dibuat melalui cash deposit atau cek. Tempahan yang telah siap boleh diambil sendiri oleh pelanggan di Showroom Crunchy atau dengan cara penghantaran. Sekiranya tempahan anda bernilai RM300.00 atau lebih, beralamat sekitar Bangi dan Kajang. Kami akan menghantar tempahan anda secara percuma. Terdapat caj penghantaran sekiranya tempahan anda bernilai kurang dari RM300.00 dan diluar kawasan Bangi dan Kajang. Caj penghantaran bergantung pada lokasi tempahan itu perlu dihantar. |
6 7 |
Jika pembayaran tidak dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan emel pertama. Pihak Crunchy berhak membatalkan tempahan anda. Proses tempahan hanya akan dilakukan setelah anda membayar jumlah yang dinyatakan dalam emel dari pihak kami. |
| CLOSED WINDOW |
| crunchy.com.my is managed by CRUNCHY BISCUITS N HAMPERS TEAM RESOURCES • All Rights Reserved 2007 |